Search This Blog








Anugerah Pandu Puteri Raja merupakan Anugerah tertinggi dalam Program Kepanduan yang diberi kepada Pandu Puteri Renjer yang berkualiti. Antara prasyarat untuk Anugerah Pandu Puteri Raja ialah:
Calon telah lulus Bengkel Anugerah Ketua Pesuruhjaya Malaysia.
Calon telah memperoleh Bintang Pandu Puteri II dan Bintang Pandu Puteri III.
Calon berjaya merancang dan mengendalikan satu projek khidmat masyarakat selama sekurang-kurangnya tiga bulan secara berterusan dengan memberi tumpuan minimum empat jam seminggu.
Calon telah menyertai dengan jayanya Bengkel Selalu Sedia sebelum calon meningkat umur 18 tahun.

sumber:http://www.panduputeri.org.my/anugerah/ppr.php?g=1

 Pandu Puteri Raja melayu yang pertama dari Johor merupakan Norizan Yunus yang merupakan ahli Pasukan Pandu Puteri SMK (P) Sultan Ibrahim, JB. Selepas itu,Pasukan Pandu Puteri sekolah ini , mula menghasilkan pelajar-pelajar yang menerima anugerah ini. Jika ditanya, setiap ahli Pasukan Pandu Puteri ini yang menerima anugerah Pandu Puteri Raja, mereka pasti akan menyatakan bahawa semua ini adalah jasa pemimpin mereka yang berkaliber iaitu, Cik Low Beng Choo.